Tuesday 5 November 2013

Semangat Kental

Semangat yang tak pernah putus asa terjadi kat keluarga aku tatkala sedang dalam perjalanan pergi ke GM KL untuk mencari barang.

Minyak kereta habis. Ya itulah yang terjadi pada aku ketika memasuki kawasan Selayang. Pada mulanya aku nak isi minyak di Petronas Selayang kerana di sana ada ATM Mechine. Aku pun kata pada bini aku tak perlu isi di Shell Templer Park.

Sebaik sahaja menghampiri Selayang tiba-tiba enjin mati, dan memang betul telahan aku yang minyak dalam tangki dah kering. Allah memang sentiasa menolong hamba nya jika dalam keadaan susah, kereta aku berhenti hanya 100 meter dari stesen minyak Petron  :]

Dalam hati aku bersyukur sangat tak perlu berjalan jauh untuk membeli minyak, hasil nya aku isi dua botol mineral kosong dengan minyak ke dalam tangki aku. Terbaik sekali, siap aku goncang-goncang kereta sebelum start enjin.


Dua botol minyak aku tuang 


Alhamdulillah kereta bole bergerak seperti biasa dan aku mengisi lagi di Petronas Selayang, tempat pada asal nya aku tuju.

Monday 4 November 2013

Salam Awal Muharam

Bulan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke Madinah menjelang kembali. Penghijrahan ini berlaku pada tahun 622 masihi. Tujuan utama baginda berhijrah adalah untuk mengembang kan agama Islam dengan aman.

Daripada konteks sekarang, kita boleh melakukan penghijrahan dalam kehidupan kita. Menjadi baik kepada yang lebih baik. Ya betul, kebanyakan kita sudah melalui hidup yang baik, ada pendapatan, keluarga bahagia, pendek kata kita sudah selesa dengan kehidupan sekarang.

Sempena dengan kedatangan bulan Muharam 1435 hijrah ini, aku amat berbesar hati menyeru rakan-rakan serta pembaca blog ini memulakan langkah untuk sesuatu yang lebih baik pada masa depan kita.

Kita boleh memulakan dengan pergi ke kelas-kelas ilmu. Dari situ kita akan mendapat ilmu atau idea bagaimana untuk memajukan diri kita. Atau kita boleh membaca bahan bacaan ilmiah.

Aku sudah memulakan langkah diatas, dan amat berharap suatu hari nanti aku berjaya. Doakan lah aku.

Thursday 31 October 2013

Apa Penting nya Address

Penting ke alamat rumah korang ni. Tentulah kan, posmen nak datang bagi surat cinta yang makwe korang send camner. Kalau tak ada alamat, posmen tu lah yang baca surat cinta korang.

Geng-geng Ah Long(kang) nak cari rumah korang kasi simbah cat merah macam mana kalau alamat tak ada. :] Betul-betul?.

Alamat memang memainkan peranan yang penting dalam hartanah nie. Kenapa aku kata begitu ? sebabnya, alamat lah yang memainkan peranan untuk hartanah berkembang. Untuk invest, penting untuk mencari nama alamat yang hebat-hebat.

Antara nama Damansara dengan Sungai Buloh, mana yang nampak gah. Tentulah Damansara betul. Itu belum lagi nama jalan yang hebat seperti Elitis Tirai Rimba di Valencia Sungai Buloh. Tentulah gah bila orang ingin membelinya. Nama alamat amat penting untuk membuat hartanah tersebut kelihatan hebat.



MRT di jajaran Sungai Buloh giat di bina dan kawasan kebun getah bersebelah Kampung Baru Sungai Buloh serta Lembaga Getah Malaysia akan di bangunkan. Nama yang di beri pada kawasan itu adalah Damansara Central. Lihat, kan betul apa yang aku utarakan :]

Wednesday 30 October 2013

Lokasi! Lokasi! Lokasi!

Hambik korang... 3 kali aku repeat ayat yang sama. Kalau aku dah berulang kali sebut ada la benda penting kat situ.

Disebabkan entri semalam aku suruh korang beli rumah dengan kelam-kelibut, maka hari ini aku berpesan kat korang belilah rumah kat kawasan yang korang kenal. Kenapa aku cakap macam tu, sebab bila korang amat `familiar` dengan kawasan itu secara auto nya korang dah `berkenalan` dengan tempat itu.

Nak `tekel` awek kene la kenal dulu. betul-betul ? Ok, jika korang mengenepikan saranan aku ni for sure lah korang akan menanggung akibatnya selama mana korang memiliki rumah tersebut, lebih-lebih lagi jika membuat loan. 

Cuba bayang kan tempat korang pilih tue tak ramai nak duduk, apa yang akan jadi pada kawasan itu, tentulah penjagaan yang tak sempurna, ramai warga asing duduk, kes jenayah berleluasa dan yang penting faktor keselamatan kita serta keluarga.


Cantik kan rumah kat atas tue. Sebenarnya rumah ni banyak sangat kosong, yang ada penghuni hanya di tingkat bawah sahaja. Aku rasa korang boleh beli terus 1 blok kat sini. Dari bawah sampai atas kosong.

Tuesday 29 October 2013

RPGT lagi...

Ok, di sebabkan ada entri ini maka ada taktik sebenarnya untuk para pembeli.

Dalam tempoh 2 bulan terakhir ini, mesti ramai yang terdesak untuk menjual rumah mereka. Lebih-lebih lagi para flipper untuk menghabiskan `stok` rumah mereka. Jadi pada para pembeli inilah peluang keemasan untuk mencari rumah dan `mengetuk` harga rumah serendah yang boleh.

Penjual rumah atau flipper ini mesti tidak mahu menunggu sehingga tahun depan di sebabkan kenaikan RPGT yang ketara. Kiranya untung tak banyak la dari penjualan rumah tersebut. Para pembeli pula sedia kan duit secepat mungkin, tak kira lah nak korek mana pun.

Ini lah cara menukarkan masalah kepada peluang.


Rumah kosong yang aku ambil gambar di Bukit Beruntung

Monday 28 October 2013

First Day Cover

Inilah hasil nya kalau dah `berkenan` nak pergi pejabat Pos Rawang ( ke sebab awek kaunter nya ) hehe.


First Day Cover Rare Fruits IV

Baru je 22/10/2013 keluar FDC baru, pagi tadi sempat gak aku jenguk-jenguk web Pos Malaysia. Tiba-tiba terpacul pula FDC baru hari ni 28/10/13. Selalunya Pos Malaysia keluarkan FDC sebulan sekali. Mungkin FDC ini istimewa sikit yang membuat kan pihak Pos keluarkan 2 FDC sebulan.

Ok mana-mana rakan yang ingin jenguk kat mana nak teguk keluaran FDC yang seterus, boleh link kat sini .

Bagi yang nak tengok pulak FDC tahun 2013 boleh link kat sini .

Saturday 26 October 2013

Cukai Keuntungan Hartanah

Ya, itulah istilah bahasa melayu nya. Dalam omputih nya Real Property Gains Tax atau RPGT

RPGT untuk bajet 2014 telah di naik kan kepada 30% untuk 3 tahun yang pertama yang mana pada untuk tahun 2013 ianya adalah 15%. Kenaikan yang begitu ketara untuk `menangani ` isu spekulator.

Ok, mungkin ada yang tak paham apa mende RPGT ni. Ia adalah cukai yang kerajaan kenakan terhadap penjual rumah yang menjual rumah yang di beli itu dalam tempoh tahun pertama hingga tahun ke lima. Senang kata kalau rumah yang korang beli berusia 1 - 5 tahun , korang di kenakan cukai ini bila menjual nya. Cukai ini pulak di kenakan ke atas keuntungan jualan rumah korang tue.

Bajet 2014 untuk RPGT

Tahun 1 - Tahun 3 = 30%
Tahun ke 4            = 20%
Tahun ke 5           = 15%

p/s : Aku harap `cukai` untuk perkahwinan tak naik lah. Sakit ooo kalu nak minang yang bawah ni


Cik Opa (Neelofa)


Thursday 24 October 2013

Rumah Kosong

Semalam aku telah upload gambar ini yang mana telah aku ambil di sekitar kawasan Bukit Beruntung.

Ya rumah  yang tiada penghuni masih banyak kelihatan di kawasan tersebut. Ini termasuklah lot-lot perindustrian yang banyak kosong sehingga menyebabkan aku fikir betapa rugi nya owner tidak mahu menetap di situ.

Dari apa yang aku dengar melalui orang di sini, pada tahun 90-an kerajaan negeri menguar-uar kan akan di binanya lapangan terbang antarabangsa serta pusat kerajaan di sini, lalu banyak lah pemaju menumpukan pembangunan di Bukit Beruntung. Disebabkan berita tersebut lah, ramai pembeli mencari kawasan ini. Akhirnya projek mega yang di gembar-gembur kan tidak menjadi, dan ramai juga pembeli tidak mendiami kawasan ini

Tetapi sekarang apa yang aku lihat, sudah ada pembangunan sedikit di sini, seperti pasaraya Tesco, perindustrian besar seperti GIVI serta Beneeli Keeway. Kilang Perodua juga berdekatan dengan kawasan ini. Bagi aku juga kawasan sini amat tenang untuk di duduki tanpa hiruk pikuk suasana bandar.

Mungkin suatu hari nanti kawasan Bukit Beruntung akan meletup dengan adanya apa-apa projek mega.

Wednesday 23 October 2013

Tuesday 22 October 2013

First Day Cover

Hari ini dapat juga satu lagi edisi First Day Cover (fdc) dari Pos Malaysia.

Kali ini bertemakan Celebrating Abilities of Children with Disabilities : Colours of My World. Ia adalah satu peringatan kepada kita untuk melihat mereka sebagai kanak-kanak, bukan melihat kekurangan mereka. Ada antara mereka yang mempunyai bakat tersendiri seperti menyanyi, melukis dan sebagai nya.


First Day Cover

Setiap dari setem di atas di lukis oleh tiga kanak-kanak istimewa. Apa yang menarik nya setiap setem yang di hasil kan mempunyai tulisan braille seperti yang korang tengok pada setem di tengah.

Aku beli setem ini di pejabat Pos Rawang, tetapi cop rasmi nya belum sampai lagi. Sebab itu kalau korang yang tahu pasal fdc nie melihat fdc aku tiada cop. Yang membuatkan aku selalu pergi Pos Rawang ni sebab penjaga kaunter nyer se cun setem-setem yang aku beli, naik juling nak tengok yang mana satu.hahaha


Pamplet Teknikal FDC

Aku sebenarnya baru sahaja dalam dunia fdc nie, bermula pada awal tahun ini. Mungkin ada sesetengah pembaca sudah lama mengumpul sampul-sampul fdc ni. Harap dapat lah aku meneruskan hobi aku lagi dan seterusnya menjadi `pelanggan tetap` Pos Rawang :]







Monday 21 October 2013

Hari Bersejarah

Ahad 20/10/13 adalah hari yang paling bermakna bagi aku. Mana tak nya, akhirnya aku dapat bertemu jua dengan retis ini setelah hampir 2 tahun aku mengenali beliau dari blog.

Sememang nya aku dapat banyak ilham dan inspirasi dalam perjalanan hidup aku hasil ilmu dari blog beliau. Dari mula lagi aku ingin bertemu dengan beliau, tetapi waktu nya belum sesuai lagi, sehingga lah pada hari Ahad tadi.

Aku rasa aku lah orang pertama yang bersalam dengan beliau tatkala beliau ingin memasuki pintu utama PKNS Biz Point Seksyen 7, Shah Alam. Perasaan sebak dan terharu serta bangga tak dapat aku ungkapkan. Rasa ingin sahaja aku memeluk insan ini, supaya dia tahu begitu bermaknanya ilmu yang di curah kan kepada orang ramai yang membaca tulisan beliau (Tapi aku control beb, hero kan).

Jam 9 pagi kelas yang di kendalikan oleh beliau bermula. Daripada topik mengapa perlu nya hartanah sehingga ke cara bagaimana negotiate dengan ejen hartanah beliau kupaskan. Sungguh ku tak sangka ada teknik dan cara untuk negotiate pembelian rumah, sehingga aku mencatit setiap butiran yang di sampai kan beliau.

Dan setiap topik berkisar  mesti ada sahaja jenaka yang beliau berikan kepada kami. Dan peserta-peserta juga mengajukan pelbagai soalan kepada beliau, sehinggalah `rahsia-rahsia` negara terpaksa beliau dedah kan.

Bagi aku seminar hartanah yang aku sertai pada Ahad lalu banyak memberi pendedahan berguna pada diri ku serta peserta yang lain. Aku berharap beliau akan meneruskan usaha ini untuk memandaikan anak bangsa kita. 

Akhir kata jutaan terima kasih pada Tuan Meor Zaidee diatas perkongsian ilmu beliau selama ini.



Penulis bersama Tuan Meor Zaidee









Sunday 20 October 2013

Peniaga Cakoi

Hari Sabtu yang lepas, adik aku dapat kontrak kenduri kahwin di Sungai Besar untuk hidangan pada jemputan tuan rumah. Makanan yang adik aku buat tak lain tak bukan adalah kuih cakoi dan donut.

Ya, itulah sumber pendapatan adik aku sekarang setelah `bersara` awal daripada jawatan jurutera di sebuah syarikat global di Shah Alam. Setahun lebih dia meniaga, dan apa yang menarik nya, pendapatan dia sekarang melebihi apa yang dia pernah dapat dari pekerjaan terdahulu.



Kedua-dua adik aku 


Bertudung kuning tue lah tokeh cakoi. Lelaki tue sebagai sidekick hujung minggu.

Inilah nama nya berkat rezeki berniaga, 9/10 rezeki datang dari sini. Bila agak nya aku dapat jadi seperti adik aku. Apapun akan aku usahakan sesuatu untuk di warisi anak aku. Kiranya aku nak tingggal kan legasi kat anak aku lah.


Thursday 17 October 2013

Aduyaii..

Aduh...

Aduhhhh....

Aduhhhhhhh.....

Keganasan dah terjadi kat rumah aku. Segala bagai ingin di ranap kan oleh anak aku..

Tengok lah sendiri..

Aku berdoa, anak aku akan lebih berjaya dan hebat dari abah dia..



Hero aku tengah panjat pagar rumah

Wednesday 16 October 2013

Eksiden

Higg Boson?

Hero filem ape?

Bukan, Higg Boson adalah teori yang di temui oleh Peter Higgs. Idea ini datang pada tahun 1964 dan dapat di buktikan hanya pada tahun 2012.

Ok, kite cerita bagaimana nak paham pasal idea kuasa Higg Boson ini. Korang tahu kan semua benda datang daripada zarah atau atom. Saiz atom ini sangat lah kecil iaitu 10 x 10 Picometre ( lagi kecil dari Nano metre).


Peter Higgs bersama fasiliti Large Hadron Collider



Ahli sains ingin mengetahui apa yang ada di dalam atom, maka mereka memecut kan dua atom pada kelajuan yang tinggi dan memaksa dua atom tersebut berlanggar antara satu sama lain. Hasil dari pertembungan itu, mereka menemui 3 partikel iaitu proton, neutron dan elektron. Sudah tentu saiz partikel-partikel ini lebih kecil dari atom.

Untuk melihat apa yang ada dalam partikel pula, ahli sains membuat perkara yang sama, memecutkan partikel tersebut dan memaksa partikel tersebut berlanggar. Jadi untuk memecut partikel itu ahli sains telah membina fasiliti Large Hadron Collider di Switzerland yang menelan belanja USD 10 billion pada 2008. Fasiliti ini telah berjaya memecut kan partikel menghampiri kelajuan cahaya dan memaksa partikel bertembung antara satu sama lain

Maka ahli sains menemui beberapa subpartikel yang di nama kan Quark. Yang menarik nya di dalam Quark pula kosong. 

Kesimpulannya : Quark > Partikel > Atom > DNA

Besar sungguh kuasa Allah SWT.



Kalau aku pecut dan langgar korang apa jadi? hehe
                                     





Saturday 12 October 2013

Jawatan : Pengurus Kewangan

Itulah jawatan kosong yang perlu korang ambil.

Mengapa aku kata begitu? Dalam organisasi keluarga anda, mesti ada seorang pengurus kewangan. Tidak kiralah samada anda atau pasangan anda.

Jadilah seorang pengurus kewangan yang efektif, kerana anda perlu menguruskan setiap sen yang masuk ke dalam akaun dengan baik. Kemampuan mengurus wang bukan terletak kepada banyak mana wang yang ada. Jika ada banyak wang, uruskan yang banyak itu dan jika anda ada sedikit wang, uruskan yang sedikit itu dulu.

Pengurus wang yang baik takkan kesuntukan wang sebab tahu apa yang perlu di utama kan dahulu dan bagaimana berbelanja dengan bijak. Dalam masa yang sama juga anda juga boleh menetapkan sebahagian untuk di laburkan bagi bekalan masa depan.

Friday 11 October 2013

Seminar Hartanah

Sudah lebih 2 tahun aku membaca blog bro hensem ni. Segala entri dia dari awal sudah abis aku jelajahi. Blog ini berkisah kan seorang jejaka ensem yang sentiasa macho lagak seorang retis (artis), apa yang membuatkan aku lekat kat blog beliau ialah ilmu yang di sampaikan.

Ya, ilmu hartanah yang pada masa dahulu aku memang tak ketahui langsung. Sekarang aku mengetahui sedikit demi sedikit ilmu hartanah hasil dari pembacaan aku. 

Dulu aku begitu naif sekali pasal pelaburan hartanah ini, sehinggakan aku merasakan cukup lah kita membeli sebuah rumah sahaja. Ingatan aku pada masa lalu, hartanah memerlukan modal yang besar untuk di miliki. Dahulu juga aku semacam tiada arah tujuan apabila mendapat gaji hasil kerja keras aku. Apa yang aku tahu pada masa lalu, gaji aku tidak cukup untuk membeli rumah walaupun sebuah. Itulah aku pada masa lampau.

Sekarang melalui bacaan aku menerusi blog beliau, buku-buku yang aku beli dan ada juga rakan yang mengetahui pasal hartanah ini, aku tahu serba sedikit tentang ilmu hartanah.

Sejak sekian lama aku membaca blog beliau, maka semalam aku telah mendaftarkan diri untuk seminar hartanah beliau siri ke-22 di shah alam. Setelah sekian lama aku mengenali beliau melalui blog, akhirnya kami akan bertemu empat mata. Aku harap ilmu hartanah yang aku pelajari dapat memanfaat kan diri ku.



Nama ku terpampang di no 4








Wednesday 9 October 2013

Sejarah Melayu

Topik yang selalu kita lupakan, dari sejarah lah kita melihat diri kita, dan dari sejarahlah kita belajar membentuk masa depan.

Ok, sejarah semenanjung Tanah Melayu ada di sebut oleh seorang ahli kaji bintang dan matematik Greek iaitu Ptolemy. Beliau memanggil semenanjung Tanah Melayu sebagai Golden Chersonese. Orang India memanggil Suvarnadvipa atau Semenanjung Emas. Nama itu ada berkait rapat dengan banyak nya emas di negara kita.

Orang Melayu zaman silam di percayai datang dari selatan China. Sesetengah mereka ada yang mengembara ke gugusan pulau sekitar Asia Tenggara, seperti Filipina dan Indonesia.

Dan akhirnya Orang Melayu mewujudkan tamadun mereka berasaskan institusi di raja. Zaman dahulu, mereka mempercayai anamisme (percaya roh), seterusnya di pengaruhi agama Hindu dan Buddha serta budaya dari India. Akhirnya kebanyakan mereka memeluk Islam yang di bawa oleh pedagang Arab yang kaya -raya.

Disebabkan pedagang ini kaya, berjaya dan bijaksana, maka raja-raja Melayu amat senang dengan kehadiran mereka. Maka bermulalah penyebaran agama Islam ke semenanjung Tanah Melayu melalui perniagaan atau dalam bahasa moden melalui bisnes.

Apa yang aku nampak disini adalah, melalui bisnes juga kita boleh menyebarkan dakwah Islam dan seterus nya menolong umat manusia mencapai kekayaan dunia dan akhirat. Yang itulah pedagang Arab lakukan, mereka berjaya di dalam dunia dan akhirat.

                                                           

Peta Melayu lama


Tuesday 8 October 2013

Samsung ke Lenovo

Aduhai, downgrade ke aku nie. Dah setahun lebih pakai Samsung, tetiba jer rasa nak pakai Lenovo. Tidak-tidak, sebenarnya aku upgrade dia punya kelebaran display 1 inci je ke ber inci-inci.

                                             

Samsung 1 inci aku

Ini semua kerana aku perlukan internet untuk melihat blog ini, dan cuba untuk update status Facebook aku sekerap yang mungkin. Dan hasilnya telah aku beli Lenovo ini di Plaza Lowyat
                                        
                                         

Lenovo aku bersaiz inci-inci

First time beb aku pakai  smartphone dalam hidup aku, dan tentulah jenuh aku bertanya kat orang macam mana nak gunakan. Yang menjadi mangsa aku adalah rakan-rakan opis di Rawang. Tanpa segan-silu aku bertanya apa function setiap apps yang ada. Sampai hari ini pon aku masih menggodek smartphone ini.

Plan data aku tak cari lagi. Pendapat korang apa yang murah dan best?

















Monday 7 October 2013

FFA

Macam bunyi persatuan bolasepak la pulak. Lebih-lebih lagi suku akhir piala Malaysia sudah habis, perlawanan Johor Darul Takzim dengan Kelantan pasti membuat penonton terhibur dengan jaringan yang besar. Tapi awas, jaringan besar sebegitulah membuat kan SPRM nak menyiasat.

Ok lah, FFA adalah singkatan Financial Freedom Account. Ia bukan lah akaun yang ada di bank. Ia berbentuk simpanan untuk masa depan kita. Selalunya akaun ini dibuka sebagai membayar diri sendiri dahulu. 

Macam mana nak bayar diri sendiri dan berapa banyak pula? Disarankan bayar diri anda melalui pelaburan seperti ASB, Tabung Haji, Public Mutual dan banyak lagi instruman menyimpan yang lain. Disarankan jua jumlahnya sekurang-kurangnya 10% dari gaji korang.

Selalu yang berlaku adalah, kita akan membayar kepada `orang lain` dahulu bila mendapat gaji, contohnya TNB, SYABAS, TM, ansuran rumah serta kereta dan pelbagai lagi bil-bil.

Kegunaan nya adalah untuk masa depan korang gak, manalah tahu ada peluang niaga, atau dapat projek mega-mega. Dengan FFA lah korang guna sebagai batu loncatan untuk mencapai kesenangan dalam kewangan.

Aku sekarang ni dah ada FFA. Harap korang dapatlah meniru jejak langkah aku. 

                                       
                                

                          Aku rasa FFA aku untuk yang ini lah. Boleh-boleh? hahaha


















Saturday 5 October 2013

Hutang RM 48 trillion

Ya itulah nilai bila hutang US sebanyak AS$16 trillion di tukar kan ke nilai mata wang Malaysia.

Negara kita pula mempunyai hutang lebih kurang RM600 billion.

Banyak beza nya.

Di sebabkan hutang Amerika sudah melepasi tahap siling maka kerajaan Amerika memaksa 800,000 ribu kakitangan kerajaan persekutuan mengambil cuti tanpa gaji. Beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertahanan (400,000 kakitangan), Jabatan Pengangkutan (18,000 kakitangan), Jabatan Perdagangan (30,000 kakitangan) dan Jabatan Tenaga (12,000 kakitangan) tidak dapat beroperasi. Kesan nya bukan sekadar kepada 800,000 pekerja ini, tetapi memberi kesan terhadap negara yang melakukan perdagangan dengan Amerika. Sedikit sebanyak ekonomi dunia akan terjejas.

Isu hutang anda bagaimana? Boleh kah ianya dapat dikawal?

Friday 4 October 2013

kesilapan Kewangan

Hampir setiap orang pernah melakukan kesilapan kewangan dalam meniti hidup mereka. Ada yang menyalah guna kad kredit sampai bertahun baru langsai. Ada juga yang tidak belajar berkenaan pelaburan sampai nak pencen. Ada juga yang menghabis kan terus duit berjoli sakan bila mendapat durian runtuh. Belajarlah dari kesilapan orang lain mengenai tadbir urus wang dan ambil tindakan jika kita pernah membuat kesilapan berikut:

Kesilapan 1 : alasan `masih muda` ataupun `joli dulu` selalu menerjah ke halwa telinga kita. Inilah alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan, seperti simpanan, pelaburan, ataupun mengurus hutang yang betul.

Kesilapan 2: kurangnya disiplin bagi mengawal nafsu perbelanjaan harian kerana pengaruh iklan, jualan murah, desakan rakan-rakan serta ingin hidup bergaya.

Kesilapan 3: Kurangnya pemahaman serta pengambilan takaful untuk diri sendiri serta keluarga. Ini kerana jika kita mengalami sakit atau telah pergi meninggal kan keluarga, keluarga tidak mendapat pampasan untuk mereka. Ini sudah pasti akan membeban kan keluarga untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa kita.

Kesilapan 4 : tidak bersedia menangani masalah utama kewangan iaitu inflasi. Untuk tempoh setahun sahaja gaji baru yang kita perolehi sudah terhakis dengan inflasi tersebut.

Bagaimana dengan keadaan kewangan anda sekarang? Mohon tidak melakukan kesilapan yang di nyatakan seperti di atas.


Thursday 3 October 2013

Tanda Kewangan Bermasalah

Dalam perubatan pastinya datang tanda-tanda kesihatan kita bermasalah. Contohnya, rasa sakit tekak dan pening kepala merupakan simptom awal demam nak datang. Macam tu juga lah jika kewangan kita bermasalah, dah pasti ada tanda-tanda awal nya. Jika kita tak ambil pusing dengan tanda-tanda ini, maka bersiap lah kita menerima padah nya apabila nazak.


  • Pergaduhan kecil mula terjadi dengan pasangan : ini boleh terjadi jika apa yang kita bayar serta belanja melebihi jumlah pendapatan kita. Kadang-kala kita terpaksa meminta dari pasangan untuk survive pada bulan tersebut.
  • Rekod hutang dengan bank tidak bagus : apa yang berlaku adalah, hutang yang sepatut nya di bayar pada waktu tertentu telah di tangguhkan. Maka rekod kita dengan bank dah tercalar. Bila terjadi, susah untuk kita membuat pinjaman baru kerana bank tidak percaya kita boleh membayar pada waktu nya.
  • Bayaran bil tidak konsisten : bayaran di buat secara bergilir-gilir. Contohnya, bulan ini kita hanya mampu membayar bil-bil tertentu sahaja, manakala bil yang mahal selalunya tidak di bayar. Maka perkhidmatan yang kita langgan itu akan di potong.
  • Tidak boleh menyimpan : Apabila hutang tidak di bayar mengikut jadual, bil-bil pula ada yang tertangguh, kita tak dapat menyimpan dengan konsisten. Duit simpanan pula makin menyusut di sebab kan masalah kewangan kita.
Itu antara masalah yang selalu orang hadapi bila bercakap mengenai masalah kewangan.

Pendapat aku pula, berpada-pada jika ingin berbelanja. Budget list senarai perbelanjaan kene ada. Bila membeli-belah, tulis barang apa nak di beli. Kalau boleh sertakan dengan harganya sekali, supaya budget tak lari.


Wednesday 2 October 2013

Hutang Perlu dan Hutang Tidak Perlu

Cerita hutang bank ni memang memening kan kepala. Kalau boleh nak tekup jer kepala hotak tu dengan bantal supaya tak nak memikirkan masalah hutang yang membelenggu.

Bagi aku ada nisbah hutang yang perlu kita lihat. Nisbah ini adalah jumlah hutang kita di bahagi dengan jumlah pendapatan bulanan.

Nisbah                          Kategori
10% - 30%                     Tenang
30% -50%                       Normal
50% - 80%                      Sakit
    >80%                         Nazak

Oleh itu korang perlulah memilih hutang  perlu dan hutang tidak perlu.

Antara hutang perlu adalah :
1. Pembelian rumah 
2. Pemilikan kereta 
3. Modal membesarkan perniagaan

Hutang tidak perlu antaranya :
1. Hutang pembelian barangan elektrik/elektronik, aksesori kereta.
2. Hutang untuk mengubah suai rumah.
3. Hutang untuk majlis perkahwinan.

Pendapat aku. Jangan membuat hutang tidak perlu, manakala hutang yang perlu pula carilah yang nilainya rendah. Ayat yang senang, cari rumah dan kereta berharga  di dalam lingkungan yang hutang nya 30%-50% daripada pendapatan kita. 

Maka, nisbah hutang anda di dalam lingkungan berapa?







 

Tuesday 1 October 2013

Apa Tue DSR?


Datuk Seri Redhuan?

Dari Sabah ke Kelantan?

Korang tahu apa DSR? ok, ia merujuk kepada Debt Service Ratio. Kadar peratusan hutang korang dengan bank. Ayat lagi senang, berapa banyak hutang korang berbanding gaji yang korang dapat. Hutang korang mestilah hutang dengan bank, bukan dengan kedai Ah Seng. Gaji korang pulak mestilah gaji bersih, bukan gaji kasar.

Kadar DSR pula secara umumnya 70%. Tapi bank boleh buat polisi-polisi tertentu yang membolehkan  peratus DSR tersebut berubah-ubah.

Paham-paham? Tak jugak...

Contoh:
Gaji bersih : RM 2000
Hutang kereta : RM 450
Hutang ASB : RM 300

DSR korang kan 70%. So korang hanya layak meminjam dengan bank sehingga RM 1400 dari gaji bersih korang.
Hutang dibahagi pendapatan. (RM 750/ RM 2000) x 100 = 37.5%
Oleh sebab itu korang layak meminjam RM 650 lagi daripada bank.

Maka aku saran kan pada korang berhati-hati bila ingin membuat pinjaman. Tak kira lah hutang apa pon.

Tapi kalau ada awek seperti di bawah tergila-gila kan korang, harus korang lupakan pasal entri di atas.












Monday 30 September 2013

Hari Terakhir di sini

Yang di tunggu telah tiba

Hari yang ku nanti kan

Ya, sudah hampir 3 tahun aku bekerja di TM Sungai Buloh. Melalui hari-hari yang penuh cabaran serta dugaan. Hampir setiap hari aku melalui pelbagai ragam manusia,baik yang mencabar hinggalah yang menyeronokkan. Setiap hari di sana jugalah aku dapat pengalaman yang amat berharga. Pengalaman yang best mestilah berjumpa dengan anjing-anjing liar. Berdiri diam aku,bila anjing menyalak. Nak berlari mestilah aku tak sehebat Usain Bolt. Mencicit-cicit kene kejar dengan anjing. Apa yang aku belajar dari situ, bila berjumpa anjing liar, diamkan diri saja.buat donno. Itu pon satu pengalaman jugak.

Dan,pagi tadi rasmilah aku mendengar dari mulut bos aku sendiri yang aku akan berkhidmat di Rawang. Agak terkilan juga nak meninggalkan tempat lama. Tapi begitulah resam orang makan gaji. Setelah selesai aku aku menyiap kan kerja,aku melepak sekejap di opis, kawan-kawan tiada masa itu, opis lengang. Waktu petang sedikit aku menyiapkan van serta lepak di restoran bersama rakan-rakan perjuangan. Setelah siap, dan hampir Maghrib jua lah aku sampai  di opis. Azan berkumandang. Aku ambil wudhuk, dan menunaikan apa yang di wajibkan ke atas ku. Setelah selesai, bila mana sahaja aku selesai keluar dari surau menuju ke tempat parking, aku memandang ke sekeliling. Sayu hati sudah mula menular,aku melihat deretan kenderaan syarikat dan sekeliling nya membuat kan aku sebak untuk meninggalkan tempat yang banyak aku curah kan keringat ini.

 Aku terus jua melangkah menuju ke motor. Seteleh motor di hidupkan, aku mula bergerak ke arah gate keluar. Sayu hati makin menerjah ke sawang jiwa... aku berhentikan motor di hadapan pintu utama dan melihat sekeliling..menuju ke arah punch card untuk melihat kad catatan masa aku...ya... itulah kali terakhir aku memegang..dan..catatan terakhir pada 30/9/2013, jam 19:30...