Tuesday 5 November 2013

Semangat Kental

Semangat yang tak pernah putus asa terjadi kat keluarga aku tatkala sedang dalam perjalanan pergi ke GM KL untuk mencari barang.

Minyak kereta habis. Ya itulah yang terjadi pada aku ketika memasuki kawasan Selayang. Pada mulanya aku nak isi minyak di Petronas Selayang kerana di sana ada ATM Mechine. Aku pun kata pada bini aku tak perlu isi di Shell Templer Park.

Sebaik sahaja menghampiri Selayang tiba-tiba enjin mati, dan memang betul telahan aku yang minyak dalam tangki dah kering. Allah memang sentiasa menolong hamba nya jika dalam keadaan susah, kereta aku berhenti hanya 100 meter dari stesen minyak Petron  :]

Dalam hati aku bersyukur sangat tak perlu berjalan jauh untuk membeli minyak, hasil nya aku isi dua botol mineral kosong dengan minyak ke dalam tangki aku. Terbaik sekali, siap aku goncang-goncang kereta sebelum start enjin.


Dua botol minyak aku tuang 


Alhamdulillah kereta bole bergerak seperti biasa dan aku mengisi lagi di Petronas Selayang, tempat pada asal nya aku tuju.

Monday 4 November 2013

Salam Awal Muharam

Bulan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke Madinah menjelang kembali. Penghijrahan ini berlaku pada tahun 622 masihi. Tujuan utama baginda berhijrah adalah untuk mengembang kan agama Islam dengan aman.

Daripada konteks sekarang, kita boleh melakukan penghijrahan dalam kehidupan kita. Menjadi baik kepada yang lebih baik. Ya betul, kebanyakan kita sudah melalui hidup yang baik, ada pendapatan, keluarga bahagia, pendek kata kita sudah selesa dengan kehidupan sekarang.

Sempena dengan kedatangan bulan Muharam 1435 hijrah ini, aku amat berbesar hati menyeru rakan-rakan serta pembaca blog ini memulakan langkah untuk sesuatu yang lebih baik pada masa depan kita.

Kita boleh memulakan dengan pergi ke kelas-kelas ilmu. Dari situ kita akan mendapat ilmu atau idea bagaimana untuk memajukan diri kita. Atau kita boleh membaca bahan bacaan ilmiah.

Aku sudah memulakan langkah diatas, dan amat berharap suatu hari nanti aku berjaya. Doakan lah aku.