Monday 21 October 2013

Hari Bersejarah

Ahad 20/10/13 adalah hari yang paling bermakna bagi aku. Mana tak nya, akhirnya aku dapat bertemu jua dengan retis ini setelah hampir 2 tahun aku mengenali beliau dari blog.

Sememang nya aku dapat banyak ilham dan inspirasi dalam perjalanan hidup aku hasil ilmu dari blog beliau. Dari mula lagi aku ingin bertemu dengan beliau, tetapi waktu nya belum sesuai lagi, sehingga lah pada hari Ahad tadi.

Aku rasa aku lah orang pertama yang bersalam dengan beliau tatkala beliau ingin memasuki pintu utama PKNS Biz Point Seksyen 7, Shah Alam. Perasaan sebak dan terharu serta bangga tak dapat aku ungkapkan. Rasa ingin sahaja aku memeluk insan ini, supaya dia tahu begitu bermaknanya ilmu yang di curah kan kepada orang ramai yang membaca tulisan beliau (Tapi aku control beb, hero kan).

Jam 9 pagi kelas yang di kendalikan oleh beliau bermula. Daripada topik mengapa perlu nya hartanah sehingga ke cara bagaimana negotiate dengan ejen hartanah beliau kupaskan. Sungguh ku tak sangka ada teknik dan cara untuk negotiate pembelian rumah, sehingga aku mencatit setiap butiran yang di sampai kan beliau.

Dan setiap topik berkisar  mesti ada sahaja jenaka yang beliau berikan kepada kami. Dan peserta-peserta juga mengajukan pelbagai soalan kepada beliau, sehinggalah `rahsia-rahsia` negara terpaksa beliau dedah kan.

Bagi aku seminar hartanah yang aku sertai pada Ahad lalu banyak memberi pendedahan berguna pada diri ku serta peserta yang lain. Aku berharap beliau akan meneruskan usaha ini untuk memandaikan anak bangsa kita. 

Akhir kata jutaan terima kasih pada Tuan Meor Zaidee diatas perkongsian ilmu beliau selama ini.



Penulis bersama Tuan Meor Zaidee









No comments:

Post a Comment